design lawa

Sunday, 24 September 2017

Cerpen : Persahabatan

Kisah ini menceritakan mengenai persahabatan yang terjalin setelah melanjutkan pelajaran. Aku berkenalan dengan Nad semasa sesi orientasi melalui rakan sebilik aku, Afiqah yang rupa-rupanya kawan satu sekolah dengan Nad. Aku berkenalan dengan Auni pula sehari sebelum kelas bermula, Auni menegur aku dan bertanya “Course IT ke?”. Kami bertiga mulai rapat sejak hari pertama kelas bermula.

Bila ada assignment untuk dibuat, kami berkumpul dibilik salah seorang, yang selalunya di  bilik Auni. Dan dari situlah aku dan Nad berkenalan dengan Ecah, Yana dan Tini kerana mereka selalu berkumpul di bilik Auni untuk berbual kosong. Kami mula rapat kerana setiap pagi kami akan berjalan sama-sama ke bustop menunggu bas untuk ke kelas. Semasa berkumpul di bilik Auni, pada mulanya kami rapat dengan Ecah yang berperwatakan lebih peramah daripada yang lain.

Pada semester 2, kami berenam memilih untuk duduk dalam satu bilik dan banyak perkara yang dirancang dan tidak dirancang terjadi. Kami ditempatkan di aras 1, setiap hari, kami akan mencari line di luar bilik  Pada awal semester, hampir setiap malam kami akan menonton filem di laptop. Filem yang selalu kami tonton ialah filem seram. Kadang-kadang waktu cuti kami akan menonton hingga 2 atau 3 movie.    

Pada waktu tengah malam sebelum tidur, kami selalu “join” bilik depan menyanyi tengah malam walaupun tidak kenal mereka. Hampir setiap hari kami buat konsert free. Bila ada masa lapang, kami akan berkumpul beramai-ramai termasuk Re’an yang kami mula rapat kerana bermain “werewolf” bersama-sama sampai tengah malam sampai kelaparan dan masak maggi.

Sebelum pergi makan malam, kitorang bazirkan waktu dengan bermain teka lagu sampai bateri phone habis mengguna wifi asrama yang kejap ada, kejap takde. Bila kami rasa stress dengan assignment dan perkara-perkara biasa, kami akan berzumba waktu hampir tengah malam. Disebabkan asrama terlampau bosan dan tiada line, kami sentiasa rasa nak balik ke rumah. Disebabkan Ecah dan Tini orang Pahang dan Penang, diorang selalu tengok kalender kira hari nak balik.

Disebabkan kami sebilik, kami semakin rapat daripada semester satu dan membuat keputusan untuk duduk serumah pada semester 3 kecuali aku kerana rumah aku dekat dengan rumah sewa diorang. Untuk membuat assignment berkumpulan, aku akan pergi ke rumah sewa mereka, tetapi kadang-kadang aku akan pergi ke sana hanya untuk melepak bersama. Antara kami bertujuh juga hanya Auni dan Re’an memandu kereta ke kolej.

Ada satu hari itu, aku datang ke rumah sewa mereka pada waktu petang dengan menaiki basikal dan mereka semua jakun menaiki basikal itu pusing-pusing kawasan kampung membonceng satu sama lain.

Pada hujung minggu, sangat jarang untuk melihat kami di rumah memandangkan ada yang memandu kereta sendiri, lagi memudahkan untuk kami bersiar-siar sekiranya mereka tidak balik ke rumah masing-masing. Selepas tamat ujian pertengahan semester yang lepas, kami pergi melepaskan stres di Wetworld pada hujung minggu. Kami semua seronok bermandi manda tak ingat dunia sampailah hujan lebat turun dan kami terpaksa naik terlebih dahulu. Selepas hujan berhenti, kami sambung semula kegiatan yang tergendala itu. Di sana kami berkenalan dengan beberapa kawan baru. Kami bergerak pulang ke rumah pada jam 5 petang yang masih gerimis.

Selepas mandi mestilah rasa lapar, jadi kami membuat keputusan untuk makan sebelum balik bersama kawan yang baru kami kenal. Hendak dijadikan cerita, selepas makan ketika hendak keluar daripada KFC, Re’an mencari kunci keretanya tetapi tidak jumpa. Yang tidak disangka ialah Re’an tertinggal kunci kereta di dalam kereta  tanpa sengaja. Ini membuatkan kami semua tergelak besar dalam masa yang sama cuak sebab Auni tidak memandu keretanya. Kami tersadai di KFC selama 3 jam sehingga ada beberapa orang yang baik hati menolong kami membuka pintu kereta. Selepas itu, masing-masing pulang ke rumah.

Aku berharap persahabatan yang terbina ini yang telah menempuh pahit dan manis bersama-sama ini akan berkekalan sehingga bila-bila kerana ini semua akan menjadi kenangan yang indah buat kami semua sehingga bila-bila.



No comments:

Post a Comment